Saturday 31 March 2012

Peluklah aku, Tuhan.


Lepaskan aku
dari cengkaman dosa semalam
kerana kebodohan tanpa sedar
alpa dalam waspada

Aku ingin bebas
dari ikatan resah
dari simpulan gundah

Dalam tabah
aku lelah
menahan diri dari rebah
aku lemah
menghapus marah yang belum sudah
memujuk rajuk di hati

Aku ingin mendakap harap
menggenggam impian
bersandar pada tiang iman

Aku terlalu ingin
mencium haruman syurga
dalam pelukan kasihMu Tuhan.

No comments:

Post a Comment