Tuhan,
jahitkan aku ilham
sebagai sayap
untuk aku terbang
Kawan,
izinkan aku mabuk
meneguk kata-kata jernih
yang memenuhi bejanamu
yang lut sinar
Biarkan aku dijampi bait-bait puisi
daripada aku dipukau ahli sihir
yang menghafal firman Tuhan
mengulang sabda nabi
demi tembolok sendiri
Sekali lagi Tuhan,
lorongkan aku cahaya
agar aku tak sesat
menuju taman puisi-Mu.
Hazayani Zakaria
17.11.2014
Tuesday, 18 November 2014
Rasa
Mengalirlah
jangan bertakung
kau berhak bebas
aku sedia menampung.
jangan bertakung
kau berhak bebas
aku sedia menampung.
Thursday, 2 October 2014
Kacau dan racau
Sejak mula bekerja, perkara paling jarang yang saya lakukan adalah menghubungi emak pada waktu pejabat. Boleh dikira berapa kali, jika ada hal betul-betul penting sahaja.
Jadual saya menghubungi emak, biasanya selepas Subuh sebelum keluar ke tempat kerja. Waktu itu selalunya kami bergayut lama. Atau hari minggu tidak kira waktu. Kerap. Emak pula biasanya menghubungi saya waktu petang selepas Asar, dan saya terbayang dia duduk di kerusi di halaman rumah atau berdiri membelek-belek bunga sambil sebelah tangan lagi memegang telefon bimbit bercakap dengan saya.
Hari ini, saya menghubungi emak waktu rehat tengah hari. Sebetulnya, bagi wartawan, tiada istilah rehat makan tengah hari sangat. Kami makan tidak tentu masa. Kadang-kadang awal, kadang-kadang lewat, kadang-kadang tidak sempat makan siang. Kadang-kadang waktu makan tengah hari antara jam satu tengah hari hingga dua petang, waktu itulah idea menulis datang mencurah-curah. Kadang-kadang waktu itu jugalah idea kering kontang.
Bukan isu makan tengah hari. Isunya saya menghubungi emak pada luar waktu kebiasaan. Apabila hati berat menanggung rasa, jiwa kuat meracau, saat ini tiada orang selain emak yang boleh memberikan ketenangan.
Saya masuk ke surau, bercakap dengan emak sambil menahan tangis. Seketika sahaja, tenang terasa mengalir ke setiap urat nadi dan saluran darah.
Hujung bicara, ayat emak seperti selalu;
"Mak faham jiwa Kak Chik. Mak faham sangat anak mak yang seorang ini. Jangan risau, cerita kat mak apa-apa sahaja."
Saya sedang stress dengan kerja. Kenapa saya menulis di sini? Sebab kali ini perasaan ingin berhenti kerja meronta-ronta dalam hati.
Ada perkara lain yang boleh dan harus saya beri tumpuan. Potensi yang harus saya manfaatkan. Saatnya sudah tiba untuk saya 'menduakan kerja' (meminjam ayat seorang teman).
Tuhan, tolong jangan permainkan perasaan saya lagi.

Sunday, 14 September 2014
Beban
tidak dapat apa dihajat, lukanya amat
tapi melihat kehancuran depan mata, pedihnya lebih
sakitnya bukan sedikit
ranapnya seluruh
tercatat pula ia angkara sendiri walau tanpa niat
bebannya sampai mati
bingung
mengapa Tuhan gerakkan hati
semoga
di hujung nyawa berdepan mati
ada ampun menanti
ada restu menunggu
biar
di akhirat kelak
langkah tidak tersekat
tatkala harum syurga telah terhidu
12-14 September 2014
Kuala Lumpur

Monday, 8 September 2014
Saya: Bukan awak, bukan dia.
Teks: Hazayani Zakaria
Gambar: Koleksi peribadi

Saya suka tengok mak dan ayah saya membaca surat khabar setiap pagi. Dan saya, akan membaca sekali, tetapi dengan versi saya.
Saya belum pandai membaca waktu itu tetapi saya buat-buat pandai. Saya sebut apa sahaja perkataan yang terlintas dan bina ayat mengikut imaginasi saya. Saya baca kuat-kuat, bukan baca dalam hati. Tingginya tahap keyakinan diri saya waktu itu!
"Aminah pergi ke pasar naik kapal terbang" "Aminah naik kereta dengan ayahnya pergi sekolah. "Saya ada seekor kucing" antara ayat yang saya sebut ketika membaca surat khabar dan majalah.
Melangkah ke tadika, saya sudah pandai membaca. Bagaimana jadi pandai, dengan cara itulah. Selalu tengok huruf dan perkataan, lepas itu suruh mak ejakan. Lama-lama boleh membaca sendiri. Alhamdulillah.
Buku cerita pertama yang saya baca selepas pandai membaca, Bawang Putih dan Bawang Merah. Selepas itu, Thumbelina dan Cinderella.
Melangkah ke Sekolah rendah, minat membaca terus bercambah dan bermacam-macam buku saya baca. Biasanya, pinjam di perpustakaan sekolah atau perpustakaan bergerak sahaja.
Waktu itu terkenal dengan buku-buku siri Enid Blyton, Siri Tujuh Penyiasat dan Nancy Drew. Sebenarnya, dari sekolah rendah sudah mula membaca novel-novel penulis kacak, Ahadiat Akashah.
Majalah pula, ada majalah Kuntum, Bujal, Bambino dan Dewan Pelajar. Waktu saya darjah enam (tahun 1996) ada akhbar mingguan untuk pelajar, iaitu Didik. Memang setiap minggu wajib beli akhbar ini sebab banyak berita mengenai alam persekolahan, soalan-soalan UPSR, kolum motivasi dan ada ruangan cerpen.
Sebenarnya, saya pernah menghantar cerpen ke akhbar Didik tetapi tidak diterbitkan. Kecewa jugalah. Waktu di sekolah menengah pula, saya pembeli tegar akhbar Minda Pelajar, juga terbitan Berita Harian selain majalah Dewan Siswa. Setiap bulan, wajib beli. Masih ada tersimpan hingga sekarang.
Oh, lupa pula. Darjah satu dan dua saya belajar di Sekolah Kebangsaan Batu 29, Setiu Terengganu. Waktu itu ayah kena jaga stesen kecil luar bandar. Ayah bekerja dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Dulu dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara (LLN).
Awal darjah tiga saya bertukar ke Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal apabila keluarga berpindah ke Kuala Terengganu. Hingga darjah enam saya di belajar di sekolah itu dan pernah menyertai pertandingan pidato dan perbahasan peringkat sekolah dan daerah.
Pendidikan Menengah saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Dari tingkatan satu hingga tingkatan enam.
Disebabkan kakak dan abang semuanya tinggal di asrama, saya pun rasa teruja mahu tingga di asrama. Tidak mahu kalahlah katakan. Tetapi saya hanya mampu bertahan selama empat bulan di asrama. Homesick sangat teruk, hari-hari bangun pagi menangis, hari-hari beratur di pondok telefon sebab mahu dengar suara mak, hampir setiap petang mak dan ayah kena datang melawat. Akhirnya mak kata, elok keluar dari asrama, berulang-alik sahaja ke sekolah menaiki bas (bayar sewa bulanan).
Di sekolah premier itulah saya belajar untuk menghadapi PMR, SPM dan STPM.
Hampir tujuh tahun mengait ilmu, menyulam pengalaman, dihiasai kerawang tangis dan tawa, hingga benang kenangan yang dijahit sukar ditetas.
Selepas itu melanjutkan pengajian ke Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. Tiga tahun mengadun teori dan praktikal dalam bidang Komunikasi (Komunikasi Politik dan Kemanusiaan).
Bidang yang bukan diminati apatah lagi dicintai. Tiga tahun memaksa diri untuk mencintai. Tiga tahun melalui rasa yang kosong.
Kerana saya, perempuan yang dahulunya bercita-cita mahu menjadi guru, tetapi gagal. Akhirnya Allah lorongkan saya menjadi wartawan. Kerja saya menulis dan melaporkan berita. Sesekali menulis dari sisi pandang saya, mencatat segala pemerhatian dan pengalaman.
Percaya atau tidak, saya sudah dilamun cinta dengan kerja saya sekarang. Ya, saya bercinta selepas bekerja.
Dunia saya sekarang; mendengar, melihat dan melaporkan. Ya, inilah kerja saya.
Tetapi, saya juga ada cinta hati lain. Cinta yang sudah berputik sejak sekolah lagi, terputus seketika sewaktu saya di universiti dan kemudian bercantum kembali selepas saya memasuki alam pekerjaan.
Setakat ini, belum jatuh hati dengan bidang perniagaan. Tiada bakat, mungkin. Esok, lusa, saya tidak tahu.
Saya mencintai dunia penulisan kreatif. Lebih kepada prosa. Puisi, bolehlah sikit-sikit. Cerpen jadi pilihan. Dan mungkin juga novel.
Oleh sebab cintalah, saya menyertai Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif ini. Di samping kursus-kursus lain dan pembelajaran tidak formal dengan para pencinta penulisan kreatif.
Kalau ditanya matlamat saya, sudah tentu mahu menulis sebanyak mungkin cerpen, disiarkan di majalah-majalah atau mungkin juga dijadikan antologi cerpen. Ya, angan-angan itu percuma, tetapi ada harga yang perlu dibayar untuk menjadikannya realiti.
Saya bukan Haryani, Aryani, Adyani atau Ariani. Saya, Hazayani. Hazayani Bt Zakaria. Saya bukan siapa-siapa, dan siapa-siapa pun bukan saya.
Orang panggil saya Yani. Yani, bukan Yanie, bukan Yannie. Jangan tambah-tambah huruf di belakang nama saya. Ada seorang dua yang panggil saya Haza. Ok, saya boleh terima dengan senang hati panggilan itu. Tapi kalau orang panggil saya Za, sungguh, saya rasa mahu muntah.
Mak, ayah, abang, kakak dan adik panggil saya Kak Chik. Anak-anak saudara panggil saya Achik. Dalam keluarga, saya bahasakan diri sebagai 'orang' bila bercakap. Begitu juga dengan orang-orang yang rapat, yang dianggap seperti keluarga sendiri. Entah, aotomatik begitu. Dan saya rasa, 'orang' itu sangat universal.
Dan saya, pencinta kopi panas yang sedang belajar menulis. Orkid, pengganti diri saya.
Saturday, 28 June 2014
Nota pra Ramadan
Menulis itu terapi.
Esok, 1 Ramadan 1435H. Beberapa hari sebelum ini, saya banyak menerima khabar kematian orang-orang yang dikenali, seperti juga tahun-tahun lepas.
Dalam hati terus berdoa; Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.
Ya, saya perlu berhadapan dengan segala kemungkinan , perlu menghadapi segala ketentuan Allah. Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah misteri. Kematian itu juga satu misteri, rahsia Allah yang terhijab.
Selepas ini, esok, lusa, minggu depan atau bulan depan, mungkin giliran saya menemui ajal. Mungkin juga giliran kalian yang membaca tulisan ini, pergi menemui Allah. Tiada siapa yang tahu.
Oleh sebab esok 1 Ramadan juga , ingatan saya kepada tarikh 25 Ramadan 1432H bersamaan 25 Ogos 2011 menjadi kuat, hati terusik, jiwa meracau.
Tarikh itu, abang sulung saya meninggal dunia.
Saya tidak pernah lupa saat saya melangkah ke bilik mayat. Saya masih ingat saat kain putih yang menutupi mukanya diselak. Dia, abang kandung saya. Sebelum ini saya tahu, jika dia tidur, dia akan bangun. Tetapi hari itu, dia tidak akan bangun lagi.
Waktu itu saya berdiri tegak, lutut tidak longlai, tubuh tidak menggigil. Begitu juga selepas sekali lagi saya menatap wajahnya selepas selesai dimandi dan dikafankan.
Tiada hujan air mata walaupun dalam hati taufan membadai. Tetapi hingga sekarang saya tidak pernah berjaya melupakan perasaan itu.
Hari ini, rindu untuk menziarahi pusaranya. Kata emak, pohon kemboja yang ditanam di sisi kuburnya sudah tinggi.
Saya harap, jika berhadapan dengan situasi sama lagi, saya mampu jadi sekuat itu.
Ya, persiapkan diri menghadapi segala kemungkinan.
La haula wa la quwwata illa billah. (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata).
Nota: Sempena Ramadan ini, saya memohon maaf atas segala kesalahan yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja. Kata-kata atau tulisan yang menyinggung perasaan, menghiris rasa, menikam hati, mohon dimaafkan.
Doa saya, kita semua dapat melalui sebulan Ramadan dengan tenang dan segala amalan kita dipandang dan diterima Allah.

Tuesday, 17 June 2014
Hero pertama
Kami jarang berkomunikasi, jauh sekali berbicara soal hati dan perasaan.
Waktu dalam kereta atau di meja makan berdua, boleh dikira berapa patah perkataan yang terbit dari mulut kami.
Kami jarang ketawa bersama, tidak pernah berkongsi tangisan.
Bertahun-tahun berjauhan, rasanya tidak sampai sepuluh kali kami berbual di telefon.
Dia lepaskan saya berjauhan dengan dia, bukan sebab dia tidak sayang saya, tetapi sebab dia meletakkan sepenuh kepercayaan pada saya.
Saya tidak akan mengkhianati kepercayaan yang diberikan.
Dia bukan seorang yang suka bersyarah, tetapi bicara ringkasnya selalu meresap ke setiap zarah.
Dia tidak bermulut manis; berjanji itu dan ini. Tetapi sekali berkata-kata, dia akan kotakan apa yang dikata.
Saya tahu kegilaan dia. Bola. Dan juga laut.
Persamaan kami; kami sama-sama degil.
Walaupun dia tidak pernah ucapkan sayang pada saya, tetapi saya tahu, saya anak kesayangan dia.
Ucapan yang baik-baik untuk saya, sentiasa bergema dalam setiap doanya.
Saya yakin itu.
Selamat Hari Bapa.
Nota: jangan makan ikan sardin dalam tin depan dia. Dia tidak suka

Sunday, 25 May 2014
Noktah di Langit Muscat
Teks: Hazayani Zakaria
“Aku yakin ini
keputusan terbaik untuk semua orang,” tegas Nawal sambil kedua-dua tangannya
meraup muka yang sembab.
Hanim yang melongo
mendengar keputusan Nawal terdiam lama sebelum menghela nafas panjang. Wajah
Nawal direnungnya lama, seakan-akan mencari kepastian. Wajah sembab dan mata
bengkak Nawal mengundang simpati masuk ke ruang hatinya walaupun akalnya belum
sepenuhnya dapat mencerna cerita Nawal sebentar tadi.
Kisah mereka rumit.
Nawal terlalu kasihankan orang lain sehingga sanggup mengorbankan perasaan
sendiri. Itu kesimpulan awal yang muncul di benak Hanim.
Selepas dua hari
Nawal bekerja syif malam, baru petang ini Hanim berpeluang bertemu mata dengan
teman serumahnya itu.
Jika Nawal
bekerja syif malam, memang mereka tidak sempat bertemu. Nawal keluar selepas
maghrib ketika Hanim belum tiba di rumah. Nawal pulang ke rumah pagi, Hanim
sudah keluar bekerja.
Semalam dan hari
ini Nawal tidak bekerja dan hampir dua hari juga Nawal berkurung dalam bilik. Kelakuan
Nawal lain benar kali ini. Apabila diajak makan, Nawal kata dia sudah kenyang,
mahu tidur. Sangkaan Hanim Nawal terlalu
penat dan mahu berehat.
Risau dengan
keadaan Nawal yang tidak keluar-keluar dari bilik, petang ini Hanim mengetuk
pintu bilik Nawal dan mengajaknya minum petang bersama.
Hanim bawakan
dua mug teh o panas dan sepiring pisang goreng ke bilik Nawal.
Meskipun tahu
pintu bilik Nawal tidak pernah berkunci, Hanim tidak berani menceroboh ruang
privasi Nawal. Bagi Hanim, bilik adalah ruang privasi masing-masing yang perlu
diminta kebenaran untuk memasukinya apatah lagi hendak berlama-lama atau
menggunakan barang-barang di dalam bilik.
Betul,
mereka menyewa rumah itu bersama-sama tetapi bilik adalah ruang privasi masing-masing
yang mesti dihormati, tidak boleh masuk sesuka hati. Itu perjanjian mereka
sejak hari pertama melangkah masuk ke pangsapuri di tingkat tiga itu.
Nawal pernah berpesan kepadanya, jangan
jadikan ukhuwah sebagai alasan untuk menceroboh ruang privasi kawan-kawan. Beri
masa kepada dia untuk bersendiri jika dia tidak bersedia untuk berkongsi
cerita.
“Aku
yang salah. Aku yang lambat sedar. Sepatutnya aku tak biarkan perasaan aku dan
Zamir hanyut sejauh ni. Aku tak sepatutnya terlalu memberi ruang kepada Zamir.
Aku yang bodoh. Aku yang naif sampai tak sedar Arman menyimpan perasaan pada
aku. Sekarang semuanya dah terlambat. Aku dah tak boleh undur. Aku yang
bertanggungjawab,” rintih Nawal sambil menyeka air mata yang mengalir di pipi
dengan kura tangan.
Dia sudah penat
menangis sejak semalam tetapi air mata masih tidak mahu kering. Sungguh, bukan
perkara mudah bagi dirinya apabila berada dalam situasi menekan begini. Dia
terperangkap dalam janji kepada diri sendiri.
“Nawal,
aku harap kau jujur terhadap aku, terhadap diri kau. Aku nak tanya kau satu
soalan,” Hanim membetulkan duduknya di kerusi beroda yang dialihkan menghampiri
katil bujang Nawal. Wajah Nawal direnung sejenak sebelum soalan diajukan.
“Betul
kau langsung tak ada apa-apa perasaan terhadap Arman? Kau tak cintakan dia? Tersusun
soalan Hanim, berhati-hati takut menyinggung perasaan Nawal yang sedang tidak
keruan. Matanya tepat merenung mata Nawal yang lesu tidak bercahaya.
“Demi
Allah, Hanim. Aku sikit pun tak ada rasa cinta pada dia. Aku dah anggap dia
macam abang aku sendiri. Kalau pun boleh disebut sayang, sayang aku hanya
sayang seorang adik kepada abang. Tak pernah terlintas dalam hati aku nak lebih
dari itu,” bersungguh-sungguh Nawal menjelaskan agar Hanim mengerti dan tidak
salah sangka terhadapnya.
“Kalau
betul kau tak cintakan Arman, kenapa kau susah payah nak fikir fasal perasaan
dia? Sampai kau sanggup tipu hati kau,” soal Hanim lagi, sengaja menguji.
Manalah tahu ada rahsia lain yang tersimpan dalam hati Nawal.
Nawal
telan liur, menyusun kata-kata seterusnya. Liur ditelan perit, lantaran sakit
tekak yang kering.
“Aku
tak sampai hati. Aku sangat terhutang budi dengan Arman. Aku rasa bersalah
sangat. Aku tak sanggup nak buat dia kecewa,” Mata Nawal yang mula berkaca
bertentang dengan mata Hanim. Hanim yang bercermin mata bingkai hitam itu sudah
seperti kaunselor sedang mendengar masalah klien.
“Fikir diri sendiri,
Nawal. Kau bebankan diri kau sendiri,” tukas Hanim.
Nawal
membenamkan wajah ke bantal yang dipeluk erat. Bahunya terhenjut-henjut menahan
tangis.
Suasana sunyi,
hanya kedengaran jarum jam di atas meja bacaan Nawal berdetik.
Samsung Galaxy
S3 mini milik Nawal di atas meja berdering memecah sunyi bilik. Spontan Hanim
berpaling memandang telefon bimbit di atas meja kecil di sisi katil. Tertera
nama Zamir di skrin telefon bimbit. Hanim mengambilnya lalu dihulurkan kepada
Nawal.
“Zamir,”
beritahunya sepatah kerana dia pasti Nawal tidak nampak nama yang tertera di
skrin. Nawal membatu. Telefon terus
menjerit, kemudian senyap.
Nawal mengambil
telefon dari tangan Hanim, lalu diletakkan di sisi. Telefon berdering kembali
melagukan Yesterdays, nyanyian kumpulan rock 80-an dari Amerika, Guns and Roses
.
Yesterday,
there was so many things
I was never told
Now that I'm startin' to learn
I feel I'm growing old---
I was never told
Now that I'm startin' to learn
I feel I'm growing old---
“Jawablah,” ujar
Hanim bernada arahan. Nawal bungkam sehingga telefon berhenti bernyanyi.
"Dengan
Arman kau tak sampai hati, tapi dengan Zamir kau sanggup buat macam ni. Zamir
tak bersalah. Kau seksa diri kau, kau seksa Zamir. Kau rasa ini adil?"
soalan Hanim tajam menikam hati Nawal. Nawal seka lagi air mata dengan kura
tangan. Bantal yang dipeluk sudah basah dengan air matanya.
“Aku tahulah ada
pantun kata hutang budi dibawa mati. Tapi aku tak tahulah sesuai atau tak pantun
itu untuk diaplikasikan dalam kes kau, ni,” Hanim menjeling Nawal sekilas.
“Adil itu
meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya. Bukan menyeksa dan meletakkan
beban ke bahu semua orang,” Hanim menyambung bicaranya. Mula kedengaran nada
geram dalam tutur kata Hanim. Nawal tunduk, ibu jari dan jari telunjuk bermain-main
dengan bucu bantal.
“Dan kalau
memang kau nak balas budi Arman, kenapa kau tak nak kahwin dengan dia je?
Sekali pun kau tak cintakan dia, kan perasaan tu boleh dipupuk selepas kahwin?
Barulah terbalas budi dia pada kau,” sinis saranan Hanim.
“Aku tak boleh
kahwin dengan Arman,” jawab Nawal tanpa memandang Hanim.
“Kenapa tak
boleh?” soal Hanim.
Nawal hanya diam
tidak berkutik. Soalan Hanim ditelan pahit.
***
“Apa cerita menarik?” soalan Arman memancing
Nawal agar bersuara. Suara dibuat-buat girang, wajah dilakon ceria.
Teh tarik dalam
gelas dihirupnya sedikit. Mata Nawal hinggap sebentar ke wajah Arman lalu
bibirnya mengukir senyum nipis. Arman seperti tahu-tahu sahaja ada berita
gembira yang ingin dikongsinya.
“Em, abang ingat
tak patient yang saya selalu cerita tu? Adik Hanif? ” soal Nawal bersemangat mahu bercerita. Dahi Arman
berkerut, jari-jemari mengetuk-ngetuk meja.
“Hanif yang dah
dua bulan koma tu?” soal Arman cuba mengingat. Nawal mengangguk-anggukkan
kepala sambil senyum semakin lebar.
“Kenapa dengan
dia?” soal Arman berminat ingin tahu. Nawal selalu bercerita tentang Hanif,
pesakit berumur dua tahun yang mengalami pendarahan dalam kepala akibat
terjatuh di pusat asuhan kanak-kanak. Mengikut cerita Nawal, sudah tiga bulan
Hanif koma selepas dibedah.
“Dia dah sedar.
Dah boleh buka mata, dah boleh gerakkan tangan, dah tak perlu guna tiub minum
susu. Gembira sungguh mak dan ayah dia tadi bila dia dah boleh pindah wad
biasa,” cerita Nawal bersungguh-sungguh.
“Oh, ya?
Alhamdulillah. Berkat kesabaran mak ayah dia. Berkat kesabaran Nawal juga,”
Arman senyum lagi.
Arman memang
menjadi pendengar setia setiap kali Nawal bercerita tentang dunia kerjayanya
sebagai jururawat. Cerita tentang doktor yang garang, doktor yang kelam kabut,
pesakit yang selalu menuntut perhatian, karenah ahli keluarga dan macam-macam
lagi.
Tidak kurang juga cerita sedih Nawal apabila
berhadapan dengan kematian pesakit yang dijaganya. Kadang-kadang sampai
menangis-nangis di hadapan Arman.
Hari ini, berita
gembira tentang Hanif pula. Terlukis kegembiraan di wajah Nawal. Dari sinar
matanya, terpancar cinta Nawal terhadap kerjayanya. Tidak pernah merungut
letih, tidak pernah mengeluh bosan.
“Zamir sampaikan
salam,” Arman membuka kata selepas kedua-duanya sepi melayan perasaan. Dia
mencuri pandang wajah Nawal, ingin sekali melihat reaksi Nawal. Wajah bujur
sirih itu beku tidak beriak.
“Waalaikumusalam,”
jawab Nawal sepatah sambil matanya merenung gelas berisi kopi ais di
hadapannya. Air mula menitik ke atas meja marmar hasil pengembunan ais dalam
gelas. Sekeliling gelas mula basah.
“Macam mana
Nawal dengan Zamir?” soal Arman lagi, mula masuk ke ruang perbincangan yang
lebih berat. Tidak kena gaya boleh berakhir dengan pertengkaran. Wajah ceria
Nawal bertukar mendung.
“Kita kan dah
janji tak nak cakap fasal hal ni lagi,” nada bicara Nawal mendatar tetapi
keras.
“Kita kena
bercakap. Perlu,” lembut suara Arman membuatkan Nawal rasa ingin menangis.
Nawal tarik nafas dalam-dalam, cuba bertindak rasional, seperti janjinya pada
diri sendiri.
“Saya dah buat keputusan, semua orang dah tahu
keputusan saya. Masalah dah selesai,” jawab Nawal. Tangan kanannya mengacau
kopi dalam gelas dengan penyedut minuman berbelang hijau putih. Ais kiub dalam
gelas berlaga, melanggar dinding gelas. Kemudian kopi disedutnya sedikit. Pahit
tidak terasa walaupun kopi tanpa gula, dikalahkan rasa pahit dalam hatinya
ketika ini.
“Nawal jangan
buat keputusan ni sebab abang,” Arman tidak meneruskan bicara. Kedua-dua tangan
memegang pelipis. Nawal tegak di kerusi sambil kedua-dua tangan bersilang di
dada.
“Abang tak
halang Nawal terima Zamir. Abang percaya dia boleh jadi suami yang baik, boleh
jaga Nawal. Abang tahu Nawal bahagia dengan dia. Abang yakin,” Arman berlagak
biasa, menyusun kata-kata penuh yakin meski hati rapuh menerima kenyataan.
Segala kekecewaan cuba disembunyikan di sebalik senyumnya.
“Abang sentiasa
doakan yang terbaik untuk Nawal, untuk Zamir. Dan jangan risau, Zamir tak akan
tahu fasal kita,” sambung Arman. Senyum lagi. Senyum tak bergula, tak
berperisa. Hanya ada pedas.
Nawal
senyum sinis sambil merenung wajah Arman.
“Ya,
abang tak apa-apa, abang okey. Biarkan kami berkawan, kemudian bertunang,
kemudian bernikah, dan abang tak datang majlis pernikahan kami, dan lepas kami
nikah kita putus kawan,” bidas Nawal.
“Itu
yang akan terjadi kan?” soal Nawal menduga. Arman hilang kata. Renungan Nawal
dibalas, sepasang mata bening itu terlalu jujur. Benar, dia tidak sanggup
kehilangan nawal. Entah apa istimewanya Nawal sehingga hatinya terpaut, dia
sendiri tidak mengerti.
“Itu
hak abang. Kalau abang tak datang pun, majlis tetap berjalan. Nawal dan Zamir
tetap bahagia. Abang ada atau tidak bukan perkara penting lagi,” balas Arman
cuba membela diri tetapi gagal mengawal nada rajuk di hujung kata.
“Dan hak saya
juga untuk tolak cinta Zamir,” balas Nawal tidak mahu kalah.
“Tidak
semudah yang abang cakap. Majlis perkahwinan saya tak dihadiri orang yang telah
menyelamatkan saya. Lepas kahwin saya akan hilang orang yang telah banyak
tolong saya. Bukan kecil budi abang pada saya. Bukan sedikit. Masakan saya
boleh lupakan begitu sahaja. Tak akan,” Nawal menekan suaranya, biar tak tinggi
asalkan jelas di pendengaran Arman.
“Nawal
tak salah apa-apa. Zamir pun tak salah. Mungkin salah abang sebab jatuh cinta
pada Nawal. Tapi bukan abang sengaja. Semua datang secara semulajadi, tanpa
abang sedar. Abang pun tak tahu sejak bila abang mula ada perasaan pada Nawal.
Sepatutnya semua ni abang simpan. Entah macam mana abang boleh berani
berterus-terang. Mungkin abang terlalu yakin yang Nawal pun ada perasaan terhadap
abang,” Arman mengeluh berat. Dahi berkerut.
“Tapi
sekarang abang dah tahu Nawal tak cintakan abang. Abang sedar siapa diri abang.
Nawal tak akan pilih abang. Tapi hati Nawal pada Zamir. Dan hati Zamir pada Nawal.
Teruskan,” liur ditelan bersama-sama kata-kata pahit itu.
Ketika
itu datang dua orang wanita dewasa ke arah meja mereka. Seorang wanita pertengahan
30-an yang sempurna sifat dan fizikalnya memimpin seorang wanita buta
bertongkat, lingkungan awal 50-an dengan raga tisu di tangan.
Mereka
berjalan dari meja ke meja, menawarkan tisu dan terpulang kepada pelanggan
untuk member seberapa jumlah wang.
Nawal
mengetap bibir. Bukan marah kepada si penjual tisu tetapi marah kepada si dewasa
yang segar bugar tetapi sanggup mengheret si buta berjalan kaki dari satu kedai
ke satu kedai.
Dalam
keadaan yang sihat walafiat, tergamak mereka menggunakan titik peluh si buta
untuk mencari makan. Entahkan si buta itu rela atau terpaksa melakukan kerja sedemikian.
Nawal
mengeluarkan not kertas satu ringgit dari dalam beg galasnya dan meletakkan ke
dalam raga tisu si buta lalu sepeket tisu jenama Premier diambil. Si buta
mengucapkan terima kasih lalu dipimpin si dewasa ke meja lain. Nawal memasukkan
tisu ke dalam beg di atas riba.
Pandangannya
dihalakan semula ke wajah Arman. Tiada
kata-kata yang menjengah benaknya ketika ini.
“Memang
Nawal berhak terima Zamir. Jangan risau fasal abang. Abang dah dewasa. Abang
cuma nak Nawal bahagia, itu sahaja.” Arman memberi kata putus tetapi tidak
bernoktah bagi Nawal.
Nawal
terasa seperti masa hadapannya tergantung lantaran rasa yang mengepung. Ditelan
mati emak, diluah mati bapa. Satu keluhan terbit lagi.
Setahun lalu,
terkejut, marah dan kecewa berbaur dalam hati Nawal apabila mengetahui Arman
menyimpan perasaan cinta terhadapnya selama ini.
Sungguh dia
tidak menyangka orang yang sudah bertahun-tahun dianggap seperti abang sendiri,
orang yang sangat dihormatinya boleh jatuh hati terhadap perempuan naif
sepertinya. Bodohnya dia kerana tidak dapat mengesan perasaan Arman.
Puas juga Nawal
berfikir apa yang membuatkan Arman begitu yakin bahawa dia pun menyimpan
perasaan yang sama. Seingatnya tidak pernah pula dia cuba menggoda Arman.
Bagaimana dia mahu menggoda sedangkan dalam hatinya tidak ada sejalur pun rasa
cinta terhadap lelaki itu. Dalam hatinya cuma ada rasa terhutang budi yang
menebal terhadap Arman.
Berbulan-bulan
persahabatan mereka renggang. Berbulan-bulan Arman penasaran. Dia amat terasa
kehilangan Nawal, gadis yang pada
mulanya hanya dianggap seperti adik sendiri. Gadis yang pada hematnya perlu
dilindungi dari sebarang kejadian buruk.
Nawal pula, dek
kerana sangat terhutang budi pada Arman suatu masa dahulu, tidak tergamak
membiarkan Arman penasaran begitu. Simpati menerobos ke dasar hati. Terasa
bersalah benar dirinya melupakan budi Arman. Lalu, persahabatan terjalin kembali,
tetapi tidak serapat dahulu. Ada rasa segan menghuni hati. Nawal tidak lagi sepolos dahulu, lebih berhati-hati
berkongsi rasa dengan Arman.
Bersungguh-sungguh
Nawal menjelaskan kepada Arman bahawa dia sedikit pun tidak mencintai Arman.
Hanya ada rasa hormat dalam hatinya. Arman menerima penjelasan Nawal namun
tidak mahu Nawal menjauhkan diri darinya. Biarlah mereka terus bersahabat,
pintanya. Biarlah dia sentiasa ada saat Nawal memerlukan.
Wajah
Zamir terbayang di mata. Nawal mengenali sepupu Arman itu dalam satu majlis doa
selamat di rumah Arman.
Lebih setahun
berkawan dengan Zamir, bertukar-tukar fikiran, berbalas komen di Facebook dan Twitter,
berbalas-balas mesej di Whatsapp, bercakap di telefon dan kadang-kadang keluar
bersama, akhirnya membenih rasa serasi. Tumbuh dan bertunas rasa sayang dan bunga-bunga
cinta mula berputik.
Tetapi putik-putik
bunga cinta itu perlu diracun. Tidak boleh menunggu cinta berkembang mekar.
Kembang itu sudah menjadi terlarang kini. Mekar itu hanya akan menimbulkan
sukar.
Nawal mengeluh
kesal. Kesal kerana tidak awal-awal menjauhkan diri dari Zamir. Sebelum
terbitnya rasa sayang dan cinta. Namun dia perempuan biasa, punya hati dan
perasaan. Apabila memikirkan Zamir sepupu Arman, berkali-kali cuba dicampak
jauh-jauh rasa suka terhadap Zamir, tetapi berkali-kali jugalah dia gagal.
Sikap dan perwatakan Zamir yang mencintai kesederhanaan itu benar-benar memikat
hatinya.
Takdir tertulis,
rupa-rupanya Nawal tidak bertepuk sebelah tangan. Ternyata Zamir punya rasa
yang sama.
Zamir yang tidak
tahu-menahu bahawa Arman juga menaruh perasaan terhadap Nawal, tanpa
berselindung bercerita tentang rasa cintanya terhadap Nawal. Bersungguh-sungguh
dia meminta pendapat Arman tentang Nawal sebelum cinta itu diungkapkan di
hadapan Nawal.
Zamir meluahkan
hasrat ingin menjadikan Nawal suri hidupnya, ingin menyempurnakan separuh agamanya.
Nawal kelu seribu bahasa ketika Zamir melafazkan kalimat cinta. Gembira dan
sedih berbaur. Gembira kerana dalam hatinya ada cinta yang sama. Sedih kerana
dia tidak dapat membalas cinta Zamir. Dia tidak sanggup mengecewakan Arman.
Tidak mungkin dia akan berkahwin dengan sepupu rapat Arman.
Nawal tidak tahu
bagaimana mahu berhadapan dengan Arman selepas dia berkahwin dengan Zamir. Kalau
sudah namanya sepupu, lari ke mana pun pasti bertemu. Mengelak sekali pun pasti
ada waktu bertembung. Dia tidak tergamak melukakan hati orang yang pernah
menyelamatkannya.
***
Lembaga itu
menerkam Nawal dari belakang, merangkul pinggangnya kemas dan cuba menekup
mulutnya. Nawal meronta-ronta, kaki menendang-nendang lantai sambil memekik
meminta tolong.
“Tolong!”
jeritan Nawal memecah sunyi pejabat.
“Tolong!” Nawal
menjerit lagi. Suasana gelap.
“Jangan!” Nawal
memekik apabila lembaga itu membenamkan wajah ke tengkuknya.
“Tolong!” mata
Nawal terbuka luas dan dia bingkas bangun. Dia bersandar ke kepala katil,
memeluk lutut ketakutan. Gebar yang menyelimuti sebahagian tubuhnya ditarik
hingga ke atas dada. Seluruh tubuh menggigil. Dahi dan tengkuk lencun dek
peluh.
Nawal
beristighfar berkali-kali, membaca Al Fatihah dan Tiga Qul dalam tangis. Mimpi ngeri
itu mengganggu lagi.
Mimpi ngeri yang
berpunca daripada realiti yang menakutkan. Masih terasa kasar tangan lelaki itu
mencengkam lengannya. Masih terasa gemuruh ditindih lelaki itu. Masih terasa
lemas dipeluk lelaki bertubuh tegap itu. Masih terasa cemas apabila lelaki itu
cuba menyelak kain baju kurungnya.
Nawal menangis
sepuas hati, teresak-esak sendirian dalam bilik gelap itu.
Pengalaman ngeri
hampir diperkosa rakan sepejabat lama dahulu kembali mengganggu fikiran,
mengacau tidurnya, merampas ketenangannya.
Peristiwa itu meragut
separuh daripada keberanian Nawal berbulan-bulan lamanya. Dia sendiri sudah
tidak sanggup untuk mengenangnya lagi.
Bencinya dia
pada lelaki bernama Farid itu hanya Allah yang tahu. Akibat sakit hati cinta
tidak berbalas, sanggup Farid cuba memperkosanya.
Ketika itu Nawal
bekerja sebagai kerani di syarikat pembinaan sementara menunggu keputusan Sijil
Pelajaran Malaysia.
Tertinggal beg duit dalam laci meja kerja
memaksa Nawal naik kembali ke pejabat di tingkat tiga bangunan. Ketika itu jam
sudah menginjak ke angka lapan malam. Semua teman pejabat sudah pulang,
pengawal keselamatan pula hilang entah ke mana.
Farid yang
selalu mengganggunya itu, tahu pergerakannya hari itu lalu cuba mencabul
kehormatannya.
Ketika bergelut dengan
Farid itulah Arman, arkitek di pejabat itu tiba-tiba muncul dan menjadi
penyelamatnya. Farid tidak sempat lari dan teruk dikerjakan Arman.
Dalam ketakutan
dan terkejut yang belum hilang, Nawal hanya mampu menangis melihat Arman
membelasah Farid yang merayu-rayu meminta maaf.
Nasib baik Pak Hamid, pengawal keselamatan pejabat
mereka datang ketika Arman separuh gila membelasah Farid. Jika tidak, mahu mati
Farid dikerjakan Arman.
Arman
menenangkan Nawal yang menggeletar ketakutan bersama tangisan yang belum reda.
Wajahnya pucat lesi.
Arman juga yang
membawa Nawal membuat laporan polis dan menghantarnya pulang ke rumah malam
itu.
Nawal mengesat
air mata yang berjujuran. Dalam esak tangisnya, dia bangun dari katil, membuka
lampu kemudian duduk semula di birai
katil.
Kalau tidak ada
Arman ketika itu, dia tidak tahu apa yang terjadi kepada dirinya. Pasti Farid
berjaya melakukan lebih dari itu. Pasti
hidupnya musnah. Tidak mungkin dia boleh hidup seperti hari ini.
Sungguh Nawal
terhutang budi dengan Arman, orang yang menyelamatkan maruahnya. Rasa terhutang
budinya tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Mana mungkin dia sanggup
melukakan hati lelaki itu dengan menerima cinta sepupu Arman sendiri. Tidak
mungkin!
Nawal tersepit
di tengah-tengah mereka.
***
Selesai
mendaftar masuk dan menguruskan bagasi di kaunter, Nawal berjalan menghampiri
Hanim yang menunggunya di suatu sudut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur.
Pasport, visa
dan pas berlepas dimasukkan ke dalam poket kanan jaket denim hitamnya yang
dikenakan bersama blouse biru laut paras lutut dan tudung bercorak abstrak,
dipasangkan dengan jeans hitam potongan lurus.
“Dah selesai
semua?” soal Hanim yang dari tadi memerhati kelakuan Nawal yang kelihatan
tenang.
“Dah. Tunggu nak
naik aerotrain ke balai berlepas je,” Nawal tarik nafas lega, bibir mengukir
senyuman manis untuk Hanim.
“Nak peluk kau
kuat-kuat, boleh? Nawal mendepakan tangan sambil tersengih lebar menampakkan
barisan gigi tersusun rapi.
Hanim senyum,
kemudian turut mendepakan tangan dan menapak menghampiri Nawal. Hanim memeluk
Nawal dan Nawal membalas pelukannya erat.
“Aku akan rindu
suara kau marah-marah sebab aku tak kemas dapur lepas masak,” tutur Hanim dalam
tangis bercampur tawa.
“Kalau rindu,
Skype, Whatsapp, Facebook, Twitter kan ada. Itulah gunanya teknologi,” jawab
Nawal sambil ketawa kecil, mengawal sebak. Nawal mengusap belakang Hanim
sebelum perlahan-lahan meleraikan pelukan.
Nawal memandang
tepat ke mata Hanim yang basah di sebalik cermin mata. Hanim membalas pandangan
Nawal.
“Nanti mesti kau
balik Malaysia bawa Pak Arab kacak, kaya kan? Carikan aku seorang. Saudagar
minyak ke, saudagar permaidani ke,” seloroh Hanim sambil senyum gatal. Nawal
tergelak.
“Nanti kau
ambillah cuti, pergi melancong ke sana,” saran Nawal. Tangannya masih memegang
tangan Hanim.
“Nanti dah
sampai Muscat jangan lupa call aku,” pesan Hanim.
“Ya, dah lebih
sepuluh kali kau pesan benda yang sama,” Nawal mencubit pipi gebu Hanim. Hanim
memuncungkan bibir tanda protes.
“Aku risau. Kau
kan tak makan nasi arab. Nanti kat sana kau nak makan apa?” lurus soalan Hanim
buat tawa nawal meletus lagi.
“Hanim, masuk
kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek. Jangan risaulah,”
jawab Nawal di hujung tawa.
Nawal tahu,
berat hati Hanim melepaskannya pergi. Bukan Hanim seorang. Keluarganya juga
puas memujuk Nawal agar mengubah keputusan. Arman membantah, Zamir merajuk. Tapi
Nawal teguh dengan keputusannya. Pasrah dengan situasi antara dia, Arman dan
Zamir buat dia senekad itu.
Bukan sebarang
keputusan yang dibuat. Bulat hatinya berhijrah ke Oman untuk berkhidmat sebagai
jururawat di negara yang terletak di hujung Tenggara Semenanjung Arab itu.
Diam-diam Nawal
menduduki peperiksaan kelayakan untuk berkhidmat di Oman dan keputusan menyebelahinya.
Nawal Berjaya mendapat tempat di salah sebuah hospital di Muscat, ibu Negara
Oman. Untuk tempoh berapa lama, dia belum pasti. Mungkin sehingga dia luput
dari hati Arman, hilang dari ingatan Zamir. Biar jauh di mata, sayup di hati.
Terlintas doa
dalam hati Nawal agar Zamir datang sebelum dia berlepas. Apabila tersedar,
cepat-cepat dia menepis perasaan itu, mengulang janjinya pada diri sendiri.
Rindu pada Zamir akan dibawa terbang bersamanya.
“Aku kena ke
balai berlepas sekarang,” ujar Nawal sambil mengerling jam di tangan kanannya.
Jarum pendek di angka satu, jarum panjang di angka 12. Penerbangannya jam 2.05
petang. Hanim mengangguk berat.
Mereka
bersalaman dan sekali lagi berpelukan sebelum Nawal melangkah menuju ke tempat
menaiki aerotrain.
“Nawal!” spontan
Nawal menoleh ke arah suara yang memanggil namanya.
“Kak Maria,”
spontan juga lidahnya menyebut nama wanita tinggi lampai yang melangkah laju ke
arahnya.
“Sempat juga
akak jumpa Nawal. Maaf, akak lambat. Jalan sesak, ada kemalangan di highway,”
jelas Maria tanpa dipinta.
“Akak datang
sorang?” teragak-agak Nawal menyoal.
“Abang Arman
ada, tu ha!”mulutnya memuncung ke arah Arman yang sedang melangkah ke arah
mereka. Nawal telan liur apabila terdengar derap langkah Arman di belakangnya.
“Maaf, Kak Maria. Saya dah nak kena naik train ke
balai berlepas,” ucap Nawal cuba mengelak daripada bertentang mata dengan
Arman. Nawal tarik tangan Maria lalu disalami. Pipi mereka berlaga.
“Jaga diri di
tempat orang, Nawal,” Arman bersuara sambil matanya menangkap raut wajah Nawal.
Nawal hanya mengangguk.
“Saya pergi dulu
akak, abang,” ucap Nawal. Kepala ditundukkan sedikit tanda hormat sebelum dia
berpaling dan berlalu pergi. Enggan berpaling lagi.
Nawal rasa
matanya panas. Hanim pernah kata dia bodoh. Bodoh kerana terlalu menjaga
perasaan orang yang sudah punya segalanya. Ya, Arman sudah punya Maria. Wanita
cantik berhati baik. Mengapa perlu mengejar Nawal? Tamak?
Balas Nawal,
Arman pernah menyelamatkan maruahnya.
Kata Hanim lagi,
Nawal bodoh kerana melepaskan lelaki sebaik Zamir. Nawal kejam terhadap dirinya
sendiri.
Jawab Nawal, dia
yakin dengan istikharahnya.
Abang,
akak, terima kasih untuk segalanya. Semoga Allah pelihara rumah tangga kalian.
Semoga kalian bahagia hingga akhir hayat. Saya tidak seharusnya wujud di
tengah-tengah kalian.
Zamir,
saya doakan Allah kurniakan awak wanita yang baik, jauh lebih baik daripada
saya. Saya terima kalau awak membenci saya. Hanya Allah yang tahu rahsia hati
saya. Menyingkap rasa hati saya, tidak semudah awak mengungkap kata cinta
kepada saya. Sungguh, awak terlalu sempurna. Demi Allah, saya betul-betul
cintakan awak, Zamir. Tapi saya terpaksa tinggalkan awak sebab awak sepupu
Arman! Saya tak tergamak mengecewakan orang yang telah menyelamatkan maruah
saya!
Hati Nawal tak
henti berkata-kata bersama langkah yang dihayun pantas. Nawal ingin cepat-cepat
terbang bersama rasa sayang, cinta dan rindu yang berkumpul dalam relung hati.
Dia ingin gugurkan seluruh rasa itu seperti awan menggugurkan hujan. Pasti, ada
noktah di langit Muscat.
Thursday, 9 January 2014
Perkampungan Seni Lendu dan 'Rumah Waris Uwan'
Tiga hari dua malam berkampung di Perkampungan Seni Antarabangsa Lendu (Liac 2013) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, pastinya pelbagai pengalaman dan ilmu yang sempat saya kutip.
Selain dapat mendekati dan mengenali kelompok seniman dan karyawan baru dan lama, saya lebih memahami perjuangan mereka memartabatan seni warisan Melayu.
Saya juga dapat merasai betapa seni sedang merakyat di Kampung Lendu yang saya kira cukup bertuah kerana berada hampir dengan UiTM Melaka.
Satu kelebihan bagi Kampung Lendu kerana pensyarah-pensyarah dan pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) mempunyai kesungguhan untuk mengindahkan kampung tersebut dengan sentuhan seni mereka.
Namun apa yang paling berbekas di hati saya adalah mengenai hasrat pengkaji seni budaya warisan Melayu, Prof. Dr. Siti Zainon Ismail untuk mengekalkan seni dan warisan kampung tradisi di Kuala Lumpur.
Siti Zainon merupakan anak jati Kampung Bandar Dalam, Gombak, salah satu daripada tujuh buah kampung yang hanya menunggu masa untuk dilupuskan dan dibangunkan dengan bangunan-bangunan moden.
Beliau sejak dahulu lagi aktif berkolaborasi dengan Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dan Majlis Permuafakatan Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Muafakat) menganjurkan acara seni budaya kampung.
Antara acara seni budaya yang pernah diadakan di Kampung Banda Dalam adalah pada 2010 sempena Dirgahayu 150 tahun Kampung tradisi di Madrasah Tarbiyah Kampung Bandar Dalam.
Acara tersebut berjaya menghasilkan antologi puisi oleh 56 orang penyair.
Pada acara itu juga, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said melancarkan buku 'Kasih Bonda, Kapung Paya Kami' karya Siti Zainon.
Selain Kampung Banda Dalam, Kampung Padang Balang, Kampung Chubadak, Kampung Puah, Kampung Sungai Merali, Kampung Sungai Mulia dan Kampung Puah Seberang, di Gombak juga akan dilupuskan untuk pembangunan.
Saya kira Liac 2013 ini menyuburkan lagi semangat beliau yang sedia tertanam untuk mempertahankan kampung tradisi.
Dalam perbualan santai beliau dengan pihak penganjur Liac 2013, beliau berulang kali menceritakan kisah Kampung Banda Dalam yang akan tergadai di tangan kapitalis dan betapa dalam hasratnya untuk mempertahankan kampungnya sebagai kampung tradisi.
Malah dalam ucaptamanya pada malam perasmian Liac 2013, beliau juga menyentuh mengenai hal itu dan berharap program sebegini dapat diadakan di Kampung Banda Dalam dan kampung tradisi lain di Kuala Lumpur.
"Kampung Banda Dalam dan kampung-kampung sekitar di Gombak merupakan kampung tradisi yang mesti dipertahankan.
"Kalau bukan anak-anak kampung sendiri yang mempertahankan warisan dan tradisi Melayu, siapa lagi?
"Saya mengimpikan Kampung Banda Dalam dan sekitar Gombak menjadi seperti Lendu, yang masih terpelihara seni dan warisan kampungnya,"katanya.
Malah beliau sudah mengabadikan segala kisah dan warisan Kampung Banda Dalam ke dalam buku bertajuk Rumah Waris Uwan-Membaca Peta Kuala Lumpur 2020.
Buku tersebut diterbitkan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) pada awal tahun ini.
Membaca buku tersebut, saya kagum dengan segala usaha beliau menyimpan segala warisan tinggalan nenek moyangnya.
Antara petikan buku tersebut:
"Kampung Paya kemudian berganti dengan Kampung Bonda Dalam. 'Bonda' dialek Minang yang bererti tali air. Tatkala berlakunya banjir besar, 'bonda' atau tali air Sungai Gombak menjadi dalam, kemudian dengan sebutan baku, 'bonda' menjadi 'bandar' dan 'bandar' yang dalam itulah Kampung Banda Dalam,"
"Mengapa harus mengalah dan keluar dari penempatan dengan wang agihan, hingga kapung dibedah, diredah, lori traktor masuk bebas ke muka kampung, jalan penuh debu, lecah,"
Sambil memerhati peserta-peserta Liac 2013 bergotong-royong seni di Kampung Lendu, beliau berkata:
"Alangkah bagusnya kalau arca-arca ini ada di Kampung Banda Dalam. Alangkah bagusnya kalau semua anak kampung bersatu hati pulang mengindahkan kampung.
"1 Februari, Hari Wilayah, Kita buat pameran kampung tradisi. Yani kena tolong bonda dokumentasikan bahan-bahan. Cari kawan-kawan lain juga. Kalau bukan kita, siapa lagi nak pertahankan warisan Melayu?" ujarnya.
Saya mengangguk. Mungkin kerana patuh, tetapi jauh di sudut hati, saya tidak mahu kampung tradisi hilang dalam peta Kuala Lumpur.

Subscribe to:
Posts (Atom)