Friday, 15 June 2012

Bersihkan sawang

Hmm...lama tidak mengemaskini blog. Macam sudah penuh dengan sawang. Cemburu melihat blog orang lain yang sentiasa dikemaskini. Konsisten. Saya? Huh! Masih gagal istiqamah, gagal mendisiplinkan diri sendiri. Tampar pipi sendiri.

Ya, seperti biasa, banyak perkara yang bermain di kepala. Menyergah hati, mengasak minda. Tapi selalunya terperam sahaja dengan alasan penat, jadual harian yang padat. Kononnya.

Terasa nak tukar bio; perempuan yang dilahirkan untuk ditolak cintanya. Satu demi satu. Lantas dia juga bertindak menolak cinta. Satu persatu.

Biarkan, jika ini pengertian bahagia.

Atas sesuatu kejadian yang Allah cipta dahulu, sekarang atau akan datang, mungkin lapan hinga sepuluh tahun selepas itu kita akan dapat jawapan kenapa ia terjadi.


Mungkin kita akan berkata, "Oh, sekarang baru saya tahu kenapa saya tak dapat jadi cikgu," atau "Oh, baru saya tahu kenapa dia tolak cinta saya dahulu,". Mungkin.


No comments:

Post a Comment