Dinginnya perang
tanpa cedera, tiada luka
tanpa parah, tiada darah
Dinginnya perang
menjalar ke seluruh saraf
mengalir ke setiap urat
mencengkam kudrat
menebal rasa
membeku hati
mencair dengan panas air mata
Dinginnya perang
seksa, sengsara
penawarnya cuma lawan
sembuhnya hanya menang
tamatnya pabila jiwa yang kuat
menewaskan jasad yang lemah.
Saturday, 27 October 2012
Sunday, 21 October 2012
Perihal menulis
Mula-mula hobi saya membaca. Selalu meminjam novel di perpustakaan sekolah dan perpustakaan bergerak yang datang ke sekolah dua minggu sekali. Kemudian hobi saya melarat ke aktiviti menulis. Idola saya, sudah tentu novelis kacak, Ahadiat Akashah.
Saya menulis. Sangat suka menulis. Ada waktu senggang sahaja, saya menulis. Selesai membuat kerja sekolah, saya menulis. Kadang-kadang, sebelum memperoleh mood untuk membuat latihan matematik, saya menulis (saya memang tidak suka matematik). Dapat dua tiga perenggan pun jadilah. Di celah-celah ruang waktu untuk mengulang kaji pelajaran, saya sempat menulis. Kononnya menulis cerpen dan novel. Sudah menjadi rutin harian dan aktiviti itu tidak mengganggu pelajaran saya. Entah apa yang saya tulis.
Kertas kajang tidak payah cakaplah, sekejap-sekejap habis. Dua tiga hari beli, habis. Pen pun sama. Macam-macam jenis pen dalam kotak pensel. Yang penting, mata pen mesti sedap diguna dan bersesuaian dengan kertas kajang agar tulisan cantik dan kemas. Itu aspek penting. Maklumlah, ketika itu hanya menulis dengan tangan. Penggunaan komputer belum meluas, laptop belum ada.
Saya tidak malu kawan-kawan sekelas tahu bahawa saya menulis cerita panjang (senang cerita, tulis novel kononnya). Dan, tulisan (atau karya) saya ada pengikut sendiri. Pengikutnya sudah tentu rakan-rakan sekelas. Wah, macam hebat bunyinya. Habis satu bab, mesti ada yang memohon untuk membaca. Sambung dua tiga perenggan, mesti ada yang bertanya; "ada bab baru tak?" atau "sudah ada sambungankah?".
Tapi semua itu berlaku ketika saya di tahun enam hingga tingkatan lima sahaja. Tahun 1996 hingga 2001. Ketika itu, saya hanya suka menulis. Tanpa berfikir tentang etika penulisan. Tanpa ambil tahu soal karakteristik, tema, plot, watak, dan segala macam lagi. Tanpa mengerti fasal tanggungjawab seorang penulis. Tanpa faham bahawa apa yang ditulis itu akan disoal Tuhan di akhirat kelak. Yang saya tahu, yang saya peduli, yang saya kisah, saya suka menulis dan saya mahu menulis. Mudah fikirnya.

Namun, aktiviti menulis (penulisan kreatif) semakin berkurangan selepas saya melangkah ke tingkatan enam. Hampir dua tahun di tingkatan enam rendah dan atas, saya seolah-olah lupa terhadap hobi saya itu. Mungkin ketika itu saya terlalu sibuk dengan pelajaran kerana bercita-cita ingin menjejakkan kaki ke menara gading, mengambil jurusan pendidikan. Memang betul-betul fokus belajar ketika itu. Dalam kepala, hanya fikir mahu masuk universiti, keluar jadi cikgu. Lupakan sekejap perkara lain. Tetapi, minat terhadap buku dan penulisan masih ada. Masih konsisten menulis diari.
Mungkin akibat terlalu kecewa kerana tidak berjaya memasuki bidang pendidikan, saya jadi 'hilang'. Hilang semangat, hilang angan-angan, hilang impian, hilang rasa! Saya cuma lalui apa yang harus saya lalui. Saya cuma hadap apa yang ada depan mata. Tanpa beri apa-apa makna. kalau tidak keterlaluan, saya sifatkan tiga tahun itu sebagai tahun gelap saya dalam bidang pengajian komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM). Walaupun pada hakikatnya, saya menemui permata yang sangat berharga, yang mengubah hampir keseluruhan jalan hidup saya. Tidak berhajat untuk menceritakanya di sini.
Tanpa saya sedar, 'hilang' itu juga menyebabkan saya langsung lupa tentang penulisan. Saya sudah tiada rasa. Lama saya tidak menulis. Melangkah ke alam pekerjaan pun, saya masih 'hilang', tiada rasa. Hanya melalui hari-hari seperti biasa. Tiada lagi harapan untuk menjadi begitu, tiada lagi impian untuk menjadi begini.
Setiap perkara itu pasti ada hikmahnya. Yakin. Sudah tentu Allah mengatur yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Dan setiap kejadian itu tiada yang sia-sia. Beberapa perkara berlaku sehingga menemukan saya dengan teman yang minat menulis, teman yang mengembalikan kecintaan saya yang hilang, yang menyedarkan saya bahawa saya perlu meneruskan minat saya. Terima kasih Allah kerana menghadiahkan lukisan hidup yang penuh halus dan berseni ini.
Sebenarnya, apabila dikenangkan faktor saya konsisten menulis ketika remaja, kerana ketika itu jiwa mentah saya penuh dengan rasa. Penuh dengan angan-angan, harapan dan impian. Saya ingin jadi begitu, saya ingin jadi begini. Saya suka begitu, saya suka begini. Jadi semua itu saya terjemahkan ke dalam tulisan saya. Saya jadi ralit menulis kerana mengandaikan salah satu watak yang saya cipta itu ialah saya. Saya tenggelam dalam dunia yang saya impikan. Oh, bahagianya.
Maka, ada benarnya pendapat sesetengah penulis, Zaen Kasturi misalnya, rasa itu sangat penting untuk menghasilkan sesuatu karya. Segala-galanya bermula dari rasa. Jika jiwa penuh dengan rasa, maka senanglah untuk menterjemahkan rasa itu ke dalam karya.
Jadi, mungkinkah sekarang saya sudah kurang atau hilang rasa, hingga menyukarkan saya untuk menulis? Apa yang saya sedar, saya sekarang sangat berbeza dengan saya ketika remaja. Kalau ketika remaja, saya menulis sahaja apa yang saya mahu, sekarang tidak lagi. Saya terlalu berhati-hati sehingga tidak menulis apa-apa. Takut, malu, segan, tidak yakin menebal dalam diri. Nasib baik saya berani menulis status di facebook dan di twitter.
Kalau dahulu, saya gembira apabila kawan-kawan meminta untuk membaca cerita saya, sekarang saya teragak-agak untuk mempamerkan tulisan saya kepada umum. Gusar. Risau, bimbang. Mungkin kerana terlalu faham soal etika, fasal tanggungjawab seorang penulis, sedar apa yang ditulis akan disoal Allah di akhirat kelak, maka saya takut untuk berkarya. Seringkali saya terfikir, lebih baik tidak tahu etika, tidak tahu segala-galanya tentang penulisan, jika itu membuatkan saya terus berani menulis. Tapi itu sekadar 'fikir bodoh' saya. Bukanlah ilmu itu perlu untuk melakukan sesuatu perkara.
Jadi kepada teman-teman yang membaca tulisan saya ini, mohon mendoakan saya agar lebih berani dan yakin untuk menulis tentang apa-apa sahaja. Asalkan bermanfaat dan tidak dimurkai Allah.
Panjang-panjang saya tulis, itu sahaja pinta saya.

Tuesday, 16 October 2012
Jawapan
"Assalamualaikum...Yien?
Kenal lagi tak?" ada suara menyapa. Suara itu tidak asing di pendengaran
Yien. Suara itu masih sama, masih mengusik sukma. Mendengar suara itu, hati
Yien bergetar. Berdebar.
Yien menoleh ke arah tuan punya suara yang duduk di
kerusi tidak jauh darinya. Dia senyum. Membalas pandangan Yien.
"Waalaikummussalam...Ammar?" Yien menjawab salam dengan suara
yang hampir tersekat di kerongkong. Yien telan liur.
Mimpikah ini? Ya Allah, tolong sedarkan aku. Aku tak
perlukan mimpi yang menyakitkan ini Ya Allah.
Di sebalik dua patah perkataan yang terbit dari mulut
Yien, hatinya sudah berbicara berpatah-patah kata. Gema suaranya hanya dalam
hati. Hati yang tertutup, tetapi tidak berkunci.
Ammar! Mustahil Yien boleh lupakan awak. Nama awak tak pernah
luput dari ingatan Yien. Tapi awak yang tak pernah peduli.
Pagi itu sama
seperti pagi-pagi yang lain. Bangun dari tidur, solat Subuh dan membaca
al-mathurat berjemaah bersama teman serumah, bersiap-siap ke tempat kerja.
Tiada yang aneh. Cuma hari itu Yien perlu menghadiri mesyuarat di Putrajaya.
Juga rutin bulanan biasa.
Selesai mesyuarat, Yien memilih untuk solat Zuhur di
Masjid Putra. Sudah lama tidak singgah di masjid yang sebahagian besarnya
dikelilingi tasik Putrajaya.
Seperti kebiasaan, anjung masjid dipenuhi para pelancong
dari luar negara. Yien yang duduk di
kerusi di sebelah kiri pintu utama tersenyum sendiri melihat gelagat mereka
yang sibuk bergambar di setiap sudut masjid dengan jubah khas warna biru dan
pink, khas untuk sesiapa yang berpakaian kurang sopan.
Agaknya kalau aku ke luar negara, aku pun sama macam
mereka. Mana boleh lepaskan peluang merakam memori di tempat orang. Palestin?
Ya, mungkin. Suatu hari nanti. InsyaAllah.
Ketika Yien leka memerhati gelagat mereka itulah Ammar
datang menegur. Ya, Mohd Ammar Ghazali. Lelaki pujaannya sepuluh tahun dahulu,
sewaktu masih di sekolah menengah, dan mungkin juga sehingga kini.
"Yien buat apa kat sini? soal Ammar yang kemas
berseluar slack hitam dan kemeja lengan panjang berjalur biru putih. Kelihatan
kopiah terselit di saku kemejanya.
Awak tak banyak berubah. Masih seperti sepuluh tahun
dahulu. Cuma nampak lebih matang.
"Emm, Yien ada
mesyuarat kat sini tadi. Singgah solat sekejap. Lepas ni balik KL, " ujar
Yien. Sedaya upaya dia cuba mententeramkan hati, meneutralkan tindakan agar
Ammar tidak perasan gelodak rasa di jiwanya.
"Oh, saya memang kerja sini. Tak sangka pula boleh
jumpa kat sini. Dari tadi lagi nampak Yien. Tapi takut salah orang," ujar
Ammar tanpa disoal. Jeda.
Em, oklah, Yien kena gerak sekarang. Banyak lagi kerja di
pejabat," Yien membuka mulut, tapi bertentangan dengan suara dalam hati.
Ammar, Yien nak sangat cakap lama-lama dengan Awak.
Banyak cerita fasal awak yang Yien nak
tahu. Sepuluh tahun Ammar. Sepuluh tahun Yien simpan harapan ini. Bodohnya
Yien.
"Oklah kalau
macam tu. Saya pun nak kena masuk pejabat. Waktu rehat dah nak habis,"
balas Ammar. Masih memandang Yien yang masih duduk di kerusi. Yien hanya
mengangguk. Seketika kemudian, Ammar bangun dari kerusi dan melangkah menuju
pintu utama. Yien memandang dengan perasaan bercampur baur.
Baru beberapa derap langkah Ammar, dia berhenti lalu
berpaling ke arah Yien. Yien cepat-cepat pandang tempat lain.
Ammar seluk poket seluar, keluarkan telefon bimbit dan
melangkah menghampiri Yien.
"Bagi nombor telefon Yien. Nanti kalau ada apa-apa
hal, senang nak contact," Ammar sudah bersedia untuk menekan punat telefon
bimbitnya.
Yien menyebut satu-persatu nombor telefonnya dengan hati
yang mekar berbunga harapan.
**************************************
"Assalamualaikum Yien," kedengaran suara Faeez
memberi salam di corong telefon.
"Waalaikummusalam. Faeez, Yien nak tanya, Ammar dah
kahwin ke belum? tanpa mukadimah, terus Yien bertanyakan soalan itu kepada
Faeez.
Yien tahu Faeez terkejut dengan soalannya yang tiba-tiba
itu. Hampir setahun Yien dan Faeez bertemu kembali dan saling bertanya khabar,
tidak pernah sekali pun Yien menyebut atau bertanya tentang Ammar. Faeez pun
langsung tidak menyentuh soal Ammar atau lebih tepat, soal perasaan Yien
terhadap Ammar. Walaupun Faeez tahu, Yien belum mempunyai teman istimewa. Buat
apa mahu mengimbau nostalgia,
lebih-lebih lagi nostalgia yang hanya membuat hati Yien terus terluka,
fikir Faeez.
"Setahu saya, belum. Tapi kenapa tak ada angin, tak
ada ribut, Yien tanya fasal Ammar?" giliran Faeez pula menyoal. Yien sudah
menjangkakan soalan itu akan keluar dari mulut Faeez.
"Ribut dalam hati Yien, memanglah awak tak nampak.
Siang tadi Yien terserempak dengan Ammar," ujar Yien sambil benaknya
mengingati kembali pertemuan tidak diduga tadi.
"Oh, err...Yien...?" Faezz mencari ayat yang
sesuai.
"Yien tak tahu nak jelaskan macam mana tapi perasaan
Yien masih sama macam dulu. Tak berubah. Yien ingtkan lepas sepuluh tahun, bila
Yien jumpa dia, Yien dah tak rasa apa-apa. Tapi masa jumpa dia tadi, Yien rasa
Yien masih sukakan dia. Yien masih tak kuat rupanya," luah Yien sebelum sempat Faeez berkata
apa-apa.
Yien pejam mata. Air yang bergenang di kolam mata
mengalir ke pipi. Yien kesat dengan hujung lengan baju kurungnya. Yien menahan
esak, tidak mahu didengar Faeez. Entah malu atau apa, Yien pun tidak pasti.
Senyap.
Faeez faham perasaan Yien. Perasaan Yien sepuluh tahun
dahulu dan perasaan Yien ketika ini. Nur Dayini Zahari. Perempuan yang
menyimpan perasaan terhadap Ammar. Perempuan yang sukar menyembunyikan perasaan
di sebalik tingkah sopannya. Perempuan yang setia menanti jawapan dari Ammar.
Dan perempuan yang ditolak cintanya.
************************************************
Seminggu selepas pertemuan yang membuatkan Yien libang-libu itu, Ammar menghubungi
Yien.
Gembira hati Yien tidak terkata. Bahagianya terasa meresap ke seluruh
kalbu. Tersebar ke seluruh ruang hati.
Hampir sejam mereka berbual di telefon, bertukar-tukar cerita. Dari zaman
persekolahan, hingga tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, dan selepas
itu masing-masing mengikut haluan sendiri.
Bagaimana Yien nekad meluahkan perasaannya kepada Ammar selepas selesai
menjawab kertas peperiksaan terakhir, dan bagaimana kecewanya dia bila Ammar
hanya mengatakan, dia hanya menganggap Yien seperti kawan biasa, tidak lebih
dari itu.
Hinggalah ke penghujung perbualan, Ammar memberikan jawapan yang sepuluh
tahun dinanti.
“Yien, saya dah ada jawapan untuk penantian Yien. Saya
minta maaf tolak cinta Yien dulu. Sekarang saya nak tebus kesalahan saya
terhdap Yien.
“Yien, kalau Yien
setuju, saya nak hantar rombongan merisik,” kata-kata yang buat Yien rasa nak
pengsan. Yien pejam mata, hilang kata, tiada suara. Ada air mengalir dari kolam
mata. Panas.
*******************************************************
Seminggu berlalu, setiap hari Yien menerima sms dan panggilan telefon dari
Ammar. Yien rasa bahagia tapi di suatu ruang hati, Yien rasa kosong. Yien
keliru.
Ternyata luka sepuluh tahun dahulu tidak pernah sembuh. Hanya mampu
bertahan daripada parah kembali.
Yien belum menetapkan tarikh yang sesuai untuk rombongan Ammar datang
merisik. Alasan Yien, belum sempat berbincang dengan kedua orang tuanya
lantaran kesibukan kerja.
Seminggu itu juga Yien melakukan solat hajat dan istikharah. Solat hajat
memohon agar Allah lapangkan jiwanya, tenangkan hatinya menghadapi situasi ini.
Istikharah agar Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuknya.
Nasihat ibu terngiang-ngiang di telinga.
“Yien, cintai orang yang mencintai kita. Jangan turunkan
harga diri kita hanya kerana seorang lelaki. Kalau dia tak cintakan Yien,
biarkan. Lepaskan dia. Mungkin cinta Yien itu untuk orang yang berganda-ganda
cinta dan sayangnya terhadap Yien. Dan yang penting, cintanya terhadap Yien
kerana cintanya kepada Allah. Allah sedang mengatur yang terbaik untuk Yien,”
tutur ibu lembut pada suatu Subuh.
Subuh itu, Yien yang masih lengkap bertelekung berteleku
di atas sejadah, teresak-esak.
Ibu menjenguk, bertanya apa yang memilukan hati anak
gadisnya. Dalam esak tangis, Yien bercerita tentang hatinya yang remuk
redam. Si ibu yang lebih dahulu makan
garam, bersama seribu satu pengalaman, dengan tenang menasihatinya. Barulah Yien
berasa lega.
Lamunan Yien mati apabila telefon bimbit di atas meja di
sisi katil berdering nyaring.
Tertera nama Puan Rosnah. Yien segera menekan punat hijau
berlambang gagang telefon untuk menjawab panggilan. Entah kenapa dia rasa
berdebar-debar.
“Assalamualaikum puan,”Yien memberi salam lembut.
“Waalaikummusalam. Dayini, tahniah. Alhamdulillah
permohonan awak untuk menjadi sukarelawan misi kemanusiaan ke Palestin
diterima. Selama dua tahun. Kalau setuju, boleh sediakan keperluan penting,
kita akan berlepas lagi dua minggu.
Alhamdulillah...
Wajah sayu kanak-kanak Palestin yang sering muncul dalam
mimpinya bermain di minda. Juga wajah wanita-wanita yang mendukung bayi mereka.
Ammar, maafkan
Yien.
Subscribe to:
Posts (Atom)